Tuesday, March 8, 2011

Novel ....Cinta Tiga Suku




Salah satu novel kegemaran aku...ternyata novel ni mampu mencuit hati. Dah tiga kali ulang baca masih tak puas2..hehe...tahniah kepada herna diana atas nukilan ini...Terasa amat dekat di hati dgn bahasa2 santai yg mudah utk dihadam...

Sinopsis:

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

My coretan:
For me watak iman amat menarik dari detik die kenal dengan arie sampai mereka bergelar suami isteri. Tapi dlm kisah iman ada suhaila kakak angkatnya...semuanya ok, tapi percintaan antara suhaila dgn dr razif rasanya terlalu cepat berlaku.
Hehe, but everything is cute.

Rate: *****
Worth to read...(^_^)

1 comment:

  1. akak, cite ni best ek??? aritu nak terbeli dah... tp x beli pon.. :D

    ReplyDelete